Usaha menyelamat sedang dijalankan di Tehran susulan serangan udara AS-Israel

Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) berkata pekerja bantuannya dikerahkan di ibu negara Iran selepas satu lagi serangan udara AS-Israel, lapor Aljazeera.

Menurut Aljazeera, dalam satu catatan di X, IRCS berkata sebuah kawasan perumahan telah dihentam dan pekerja bantuan “cuba menyelamatkan rakan senegara mereka”.