Tehran

  • Tentera Israel dilapor mengaku serang 8 seksyen jambatan di Iran

    Berikutan pengumuman Netanyahu bahawa tentera Israel menyerang landasan kereta api (railway) dan jambatan di Iran, pihak tentera mengesahkan di saluran Telegram bahawa ia menyerang lapan seksyen jambatan, mendakwa ia digunakan oleh IRGC untuk mengangkut senjata dan peralatan ketenteraan, menurut berita Al Jazeera.

    Menurut Al Jazeera, ia mengatakan seksyen jambatan yang disasarkan terletak di beberapa kawasan di Iran, termasuk Tehran, Karaj, Tabriz, Kashan dan Qom.

  • Lebih lanjut mengenai kemusnahan sinagog Tehran dalam serangan AS-Israel

    Menurut Aljazeera ia melaporkan sebelum ini sebuah sinagog di Tehran telah musnah susulan serangan AS-Israel.

    Aljazeera melaporkan, menurut agensi berita separa rasmi Iran, Mehr, sebuah bangunan kediaman di tengah Tehran telah disasarkan dalam salah satu serangan terbaru dan sebuah sinagog bersebelahan dengan bangunan kediaman itu juga musnah.

    Laporan itu mengatakan bahawa disebabkan oleh kesempitan jalan-jalan di sekitar bangunan yang disasarkan, bahagian luar dan dalam bangunan berdekatan juga “rosak teruk”.

    Tiada laporan segera mengenai korban.

    Video berasingan yang diterbitkan oleh saluran berita Iran berbahasa Inggeris, Press TV, menunjukkan tahap kemusnahan ketika pekerja penyelamat mencari melalui runtuhan.

    Orang Yahudi telah tinggal di Iran selama ribuan tahun, dengan anggaran 20,000 orang Yahudi masih tinggal di negara itu hari ini, menurut Kumpulan Hak Minoriti, lapor Aljazeera.

    Satu kerusi dalam parlimen Iran juga dikhaskan untuk wakil Yahudi.

  • 4 budak perempuan, 2 budak lelaki dilaporkan terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas wilayah Tehran

    Menurut berita Al Jazeera, agensi berita Fars melaporkan empat kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki di bawah umur 10 tahun terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas wilayah Tehran semalaman.

    Ia menyiarkan kemas kini yang merujuk kepada serangan terdahulu ke atas kawasan perumahan di daerah Baharestan di wilayah itu. Ia telah melaporkan bahawa 13 orang terbunuh dalam serangan itu.

  • Empat dilaporkan terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas Tehran

    Menurut berita Al Jazeera, agensi berita Mehr melaporkan serangan AS-Israel melanda kawasan perumahan di timur Tehran, membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan tujuh yang lain.

    Al Jazeera melaporkan, menurut Mehr, tiga unit kediaman telah “musnah sepenuhnya” dalam serangan itu, manakala 50 bangunan lain rosak teruk.

    Petugas penyelamat masih mencari mangsa yang terselamat susulan serangan itu, katanya.

    Ini berlaku selepas agensi berita Fars dan Tasnim melaporkan serangan AS-Israel ke atas kawasan perumahan di daerah Baharestan, Tehran telah membunuh sekurang-kurangnya 13 orang.

  • Usaha menyelamat sedang dijalankan di Tehran susulan serangan udara AS-Israel

    Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) berkata pekerja bantuannya dikerahkan di ibu negara Iran selepas satu lagi serangan udara AS-Israel, lapor Aljazeera.

    Menurut Aljazeera, dalam satu catatan di X, IRCS berkata sebuah kawasan perumahan telah dihentam dan pekerja bantuan “cuba menyelamatkan rakan senegara mereka”.

  • Israel serang pangkalan tentera darat, pos perintah bergerak di Tehran

    Pasukan Pertahanan Israel berkata pada Khamis, ia menyerang pangkalan tentera darat Kor Pengawal Revolusi Islam di Tehran, lapor Xinhua.

    Serangan itu adalah sebahagian daripada gelombang serangan lebih luas yang menyasarkan infrastruktur Iran di seluruh ibu kota pada Rabu, kata tentera itu, menggambarkan pangkalan itu sebagai unit pusat dalam angkatan tentera Iran.

    Ia juga berkata sebuah pos perintah bergerak telah diserang ketika komander berada di dalam.

    Secara berasingan, tentera itu berkata ia menyerang tapak penyimpanan peluru berpandu balistik yang dikaitkan dengan unit peluru berpandu di barat laut kawasan Tabriz, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menurunkan keupayaan peluru berpandu Iran.