Tentera Israel serang selatan Beirut selepas tembakan dron Hizbullah

Tentera Israel menyasarkan pinggir bandar Dahiyeh di selatan Beirut dengan mengatakan sasarannya adalah “infrastruktur” Hizbullah, menurut berita Al Jazeera memetik kenyataan di Telegram.

Al Jazeera melaporkan, menurut kenyataan bersama oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel Katz, serangan itu sebagai tindak balas terhadap tembakan Hizbullah ke wilayah Israel.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas kumpulan bersenjata Lubnan itu menembak beberapa dron ke utara Israel tanpa sebarang kecederaan dilaporkan, menurut Al Jazeera.