Tentera Israel dilapor roboh biara Kristian, sekolah biarawati di selatan Lubnan

Tentera Israel merobohkan sebuah biara dan sebuah sekolah yang dikendalikan oleh Sisters of the Holy Savior di pekan Yaroun di selatan Lubnan, menurut berita Anadolu memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan (NNA) pada Jumaat.

Dilaporkan, sekolah itu dianggap sebagai salah satu institusi pendidikan paling terkemuka di rantau itu, setelah mendidik ribuan pelajar selama bertahun-tahun dari pelbagai pekan di daerah Bint Jbeil.