lombong

  • 7 maut dalam letupan lombong arang batu di tengah Colombia

    Tujuh pelombong maut selepas letupan di lombong arang batu di jabatan tengah Cundinamarca, Colombia pada Khamis, pihak berkuasa tempatan mengesahkan pada Jumaat, menurut berita Xinhua.

  • 28 maut dalam runtuhan lombong di Bengo Angola

    Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh pada Sabtu dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas haram di perbandaran Nambuangongo, wilayah Bengo utara Angola, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

    Menurut Xinhua, jurucakap polis Gaspar Luis Inacio berkata, 13 daripada mangsa adalah ahli keluarga sama, sambil menambah bahawa dua orang masih hilang.

    Francisco Rodrigues, penyelia kesihatan di Hospital Pusat Bengo, dilapor berkata sekurang-kurangnya tiga orang yang cedera menerima rawatan di hospital.

  • 15 termasuk 10 wanita dilapor maut apabila lombong emas runtuh di barat laut Kenya

    Sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk 10 wanita, disahkan maut selepas sebuah lombong emas runtuh di Rumos Hills di West Pokot County, Kenya, kira-kira 400 kilometer (248 batu) barat laut ibu negara Nairobi, lapor berita Anadolu memetik pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.

    Runtuhan itu berlaku lewat Khamis ketika pelombong bekerja di dalam tapak perlombongan emas tidak formal itu, memerangkap berpuluh-puluh orang di bawah tanah, lapor Anadolu memetik penduduk dan pegawai penyelamat.

    Isaac Lomwai, seorang pegawai pentadbiran kerajaan tempatan yang bertanggungjawab menyelaras keselamatan dan fungsi negeri di kawasan itu, memberitahu media tempatan bahawa 15 mayat setakat ini telah ditemui dari tapak itu, lapor Anadolu.

    “Kami sedang meneruskan operasi menyelamat. Seketul batu jatuh di bahagian yang mereka sedang bekerja sebelum lombong itu runtuh, menyebabkan mereka terperangkap,” kata Lomwai.

  • Empat terbunuh dalam kemalangan lombong arang batu di utara China

    Empat orang terperangkap dalam kemalangan lombong arang batu di Wilayah Shanxi, utara China disahkan meninggal dunia oleh pihak berkuasa tempatan pada awal Khamis, lapor Xinhua.

    Kemalangan itu berlaku di daerah Xingxian di Shanxi pada jam 9:15 malam Rabu apabila bumbung lombong arang batu itu runtuh, memerangkap empat orang. Mayat mereka ditemui pada jam 2:46 pagi Khamis.

  • Lombong runtuh, 9 maut di barat laut Pakistan

    Sembilan pekerja terbunuh dan tiga lagi cedera selepas sebuah lombong marmar runtuh di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan pada Selasa, kata pegawai, menurut berita Xinhua.

    Kejadian itu berlaku di kawasan Rustam di daerah Mardan, di mana pekerja terperangkap di bawah serpihan apabila lombong itu runtuh, kata jurucakap Rescue 1122.

    Pasukan penyelamat menemui 12 pekerja dari tapak terbabit. Sembilan maut, manakala yang cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan.

    Shafi Jan, pembantu khas ketua menteri di wilayah itu, mengucapkan takziah dan berkata usaha menyelamat sedang dijalankan bawah pihak berkuasa daerah.