Pasukan AS lancar serangan ke atas Iran atas arahan Trump – Centcom

Perintah Pusat tentera AS (CENTCOM) berkata pasukannya telah melancarkan “serangan pertahanan diri tambahan” terhadap “pelbagai sasaran di Iran”, menurut Al Jazeera.

CENTCOM berkata serangan itu dilakukan atas arahan Trump dan ia adalah “sebagai tindak balas kepada pencerobohan berterusan dan tidak wajar Iran”.