Jumlah kematian meningkat kepada 11 orang dalam kebakaran di kompleks komersial Iran

Jumlah kematian akibat kebakaran besar yang meletus pada Selasa di sebuah pusat beli-belah dekat ibu negara Iran meningkat kepada 11 orang, menurut berita Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi IRNA pada Rabu.

Dilaporkan, pusat beli-belah yang dinamakan Kompleks Komersial Arghavan itu terletak di bandar Andisheh di Daerah Shahriar, kira-kira 30 kilometer di barat Tehran, dan menempatkan lebih 250 unit komersial dan 50 pejabat.

Menurut Xinhua, IRNA memetik Shervin Tabrizi, jurucakap perkhidmatan perubatan kecemasan Tehran, sebagai berkata bahawa 41 orang juga cedera dalam kejadian itu.