Israel kata seorang askarnya terbunuh di Lubnan

Pihak tentera berkata askar itu, seorang pegawai, terbunuh di selatan Lubnan pada Jumaat, sehari selepas permulaan gencatan senjata yang diusahakan oleh AS yang sebahagian besarnya masih bertahan, lapor AP.

Ia mengatakan dua askar lain cedera dalam insiden itu, tetapi tidak mengeluarkan butiran lanjut.

Ini menjadikan jumlah askar Israel yang terbunuh dalam perang terbaru di Lubnan kepada 14 orang.