Tentera Iran kata 4 pegawai terbunuh dalam pertempuran semalam menentang jet AS

Tentera Iran berkata empat pegawainya terbunuh di wilayah tengah Isfahan semalam semasa operasi untuk menentang pesawat AS yang menceroboh, lapor Aljazeera.

Menurut Aljazeera, dalam satu kenyataan disiarkan oleh agensi berita Fars, tentera berkata pegawai terbabit dalam “pertempuran langsung dengan jet pejuang musuh, helikopter, dron bersenjata dan pesawat sokongan” di kawasan Mahyar di Isfahan sebelum ia dilanda.