maluku

  • Gempa magnitud 6.7 gegar Tanimbar, Maluku

    Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BMKG) melaporkan gempa bumi bermagnitud 6.7 melanda Kepulauan Tanimbar, Maluku, awal pagi Jumaat jam 12:53 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), lapor berita Antara.

    Menurut Antara, BMKG melalui laman web rasminya, menjelaskan bahawa pusat gempa terletak di laut, 225 km utara Tanimbar, lapor Antara.

  • 1 maut apabila gempa bumi 7.6 magnitud landa timur Indonesia

    Seorang wanita ditemui mati selepas gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud melanda wilayah Maluku di timur Indonesia awal pagi Khamis, menurut pasukan mencari dan menyelamat tempatan, lapor Xinhua.

    Mangsa, seorang penduduk berusia 70 tahun dari daerah Minahasa di Sulawesi Utara, terbunuh selepas dilanda serpihan bangunan yang runtuh semasa gempa bumi itu, kata pasukan mencari dan menyelamat di Manado, ibu kota Sulawesi Utara.

    Imej dan video yang disiarkan di media sosial menunjukkan kerosakan struktur yang ketara, dengan siling runtuh bersepah di tanah dan rangka bangunan kelihatan herot.

    Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik negara itu berkata gempa bumi itu berpotensi mencetuskan tsunami di Maluku Utara dan Sulawesi Utara, mengeluarkan amaran awal dengan status “amaran” dan “berhati-hati”, lapor Xinhua.