Gempa magnitud 6.7 gegar Tanimbar, Maluku

Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BMKG) melaporkan gempa bumi bermagnitud 6.7 melanda Kepulauan Tanimbar, Maluku, awal pagi Jumaat jam 12:53 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), lapor berita Antara.

Menurut Antara, BMKG melalui laman web rasminya, menjelaskan bahawa pusat gempa terletak di laut, 225 km utara Tanimbar, lapor Antara.