Sekurang-kurangnya enam dilapor terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas pusat pemeriksaan polis di Gaza

Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya enam orang selepas menghentam pusat pemeriksaan polis di kem pelarian Bureij di tengah Jalur Gaza, menurut Al Jazeera memetik laporan sumber perubatan.

Beberapa yang lain cedera susulan serangan udara itu.

Tentera Israel masih belum memberi sebarang komen mengenai serangan yang dilaporkan itu.