Mangsa maut insiden tren di Bekasi, Indonesia meningkat kepada 5 orang

Angka maut akibat perlanggaran tren di Bekasi, Indonesia, direkodkan seramai lima orang, menurut berita Antara.

Kejadian maut itu dilaporkan berlaku pada Isnin jam 8:55 malam WIB (Waktu Indonesia Barat), membabitkan tren Argo Bromo Anggrek, nombor 4, laluan Gambir-Surabaya Pasar Turi, yang berlanggar dengan tren komuter di Stesen Bekasi Timur (BKST).