Ibu negara Ukraine, Kyiv, dilanda serangan peluru berpandu dan dron

Ibu negara Ukraine, Kyiv, dilanda serangan peluru berpandu dan dron besar-besaran awal pagi Ahad, sejurus selepas tentera udaranya memberi amaran bahawa Rusia mungkin melancarkan peluru berpandu balistik hipersonik Oreshnik, lapor Reuters.

Letupan dilapor bergema di seluruh bandar sejurus selepas jam 1 pagi waktu tempatan selepas tentera udara mengumumkan ancaman pelancaran Oreshnik di saluran Telegramnya.
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera dan beberapa bangunan kediaman rosak di seluruh bandar, kata Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko, di Telegram, menurut Reuters.