Kilang penapisan minyak Israel di Haifa terbakar susulan serangan peluru berpandu

Kebakaran berlaku di kilang penapisan minyak Haifa di utara Israel susulan serangan peluru berpandu baharu yang dilancarkan oleh Iran dan Hizbullah Lubnan, menurut berita Xinhua memetik laporan Channel 12 Israel pada Isnin.

Masih belum jelas sama ada kemudahan itu dilanda peluru berpandu secara langsung atau terkena serpihan daripada projektil pintasan, kata laporan itu.