
Disebutkan Tanbihul Ghafilin, seorang datang kepada Abdullah bin Abbas RA dan berkata: Berilah nasihat saya.
Abdullah bin Abbas RA berkata: Saya berwasiat kepada anda dengan enam perkara:
- Keyakinan hati anda terhadap sesuatu yang dijamin Allah untuk anda.
- Melaksanakan kewajipan pada waktunya.
- Lidah basah dengan zikir kepada Allah.
- Jangan menuruti syaitan, kerana ia hasad kepada manusia.
- Jangan memakmurkan dunia kerana ia akan merosakkan akhirat anda.
- Hendaklah anda sentiasa menasihatkan orang Muslimin.