Israel kata lebih 6,000 orang cedera sejak perang bermula

Kementerian Kesihatan Israel mengatakan 6,008 orang cedera telah dibawa ke hospital sejak permulaan perang ke atas Iran pada 28 Feb, dengan 121 masih menerima rawatan, menurut berita Aljazeera.

Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, pihak berkuasa mengatakan 232 mangsa tiba di hospital.