Satu terbunuh, yang lain cedera dalam pencerobohan Israel ke Nablus

Seorang pemuda Palestin terbunuh dan empat orang cedera apabila pasukan Israel melepaskan tembakan semasa serbuan di bandar Nablus di Tebing Barat yang diduduki, menurut berita Al Jazeera.

Al Jazeera melaporkan, menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Nayef Feras Samaro, 26, terbunuh selepas mengalami luka tembakan di kepala.

Empat orang yang cedera, termasuk dua kanak-kanak, telah disasarkan dengan peluru hidup dengan satu tembakan di pelvis dan satu lagi di dada, lapor Al jazeera.