Serangan dron Israel membunuh seorang dan mencederakan dua orang lagi di barat Lubnan, menurut berita Anadolu memetik laporan media Lubnan pada Rabu.
Dron itu melanda pinggir al-Jbour di Lembah Bekaa pada waktu fajar, Anadolu memetik Agensi Berita Nasional (NNA).
Serangan Israel berlaku meskipun gencatan senjata selama 10 hari antara Lubnan dan Israel.
Menurut Anadolu, sehari selepas gencatan senjata berkuat kuasa, Menteri Pertahanan Israel Israel Katz berkata Israel berhasrat untuk mengekalkan kawalan ke atas semua kawasan didudukinya di selatan Lubnan.