Dron Rusia dilapor serang pelabuhan Izmail Ukraine, rosak kapal berbendera Panama

Dron Rusia menyerang pelabuhan Izmail Ukraine di wilayah selatan Odesa semalaman, merosakkan sebuah kapal berbendera Panama, kata Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Oleksiy Kuleba, pada Selasa, menurut Reuters.

Beberapa serangan telah direkodkan di seluruh kawasan pelabuhan, kata Kuleba di aplikasi pesanan Telegram, sambil menambah bahawa elemen infrastruktur dan peralatan berasingan juga rosak.

Satu daripada serangan itu menyebabkan kebakaran, yang dengan cepat dipadamkan, katanya.