5 maut dalam kebakaran pusat beli-belah di Mexico

Sekurang-kurangnya lima orang maut dan kira-kira 30 yang lain cedera pada Khamis dalam kebakaran di sebuah pusat beli-belah di barat laut Mexico, lapor media tempatan, memetik pihak berkuasa, menurut berita Xinhua.

Kebakaran itu dilaporkan pada petang Khamis di Plaza Fiesta Las Palmas, sebuah pusat beli-belah di bandar Los Mochis, negeri Sinaloa.