Tentera Pakistan kata 13 militan terbunuh dalam operasi di barat laut

Tentera Pakistan pada Rabu berkata ia membunuh 13 militan dalam dua operasi berasingan di barat laut negara itu, lapor Anadolu.

Dalam operasi “berasaskan perisikan” yang pertama, 10 militan terbunuh pada Isnin di daerah puak Khyber di wilayah barat laut Khyber Phaktunkhwa, yang bersempadan dengan negara jiran Afghanistan, kata satu kenyataan daripada tentera.

Tiga lagi militan terbunuh dalam pertempuran berasingan pada hari yang sama di daerah Bannu.