telur

  • 3 maut termasuk bayi akibat pokok tumbang di acara Easter di Jerman

    Tiga orang, termasuk seorang bayi berusia 10 bulan, terbunuh apabila sebatang pokok tumbang semasa pemburuan telur Easter di utara Jerman pada Ahad, kata polis, lapor Anadolu.

    Kejadian itu berlaku dekat Satrupholm, di mana kira-kira 50 orang berkumpul untuk acara terbabit.

    Pihak berkuasa berkata, angin kencang menyebabkan pokok itu tumbang menimpa kumpulan itu, Anadolu memetik laporan CBS News.

    Seorang wanita berusia 21 tahun dan seorang gadis berusia 16 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bayi wanita itu kemudiannya meninggal dunia di hospital. Seorang wanita berusia 18 tahun parah.

    Pegawai dilapor berkata, kawasan itu bawah amaran angin kencang.