serangan

  • Dua maut serangan Israel di Kfar Reman

    Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam satu lagi serangan Israel di Kfar Reman di wilayah Nabatieh, selatan Lubnan, menurut Al Jazeera memetik laporan Agensi Berita Nasional (NNA).

  • 2 pendaki cedera dalam serangan beruang di Taman Negara Yellowstone AS

    Dua pendaki cedera dalam serangan beruang pada petang Isnin di Taman Negara Yellowstone, destinasi pelancongan popular di Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa pada Selasa, menurut berita Xinhua.

    Menurut Xinhua, pegawai taman berkata dalam satu kenyataan, pendaki-pendaki itu “mengalami kecederaan oleh seekor atau lebih beruang” di laluan popular dekat Old Faithful, sebuah geyser terkenal di taman itu.

    “Kakitangan perkhidmatan kecemasan Perkhidmatan Taman Negara bertindak balas terhadap kejadian itu, dan ia masih dalam siasatan,” menurut kenyataan itu.

  • Angka maut akibat serangan AS ke atas barat daya Iran meningkat kepada 9

    Menurut Aljazeera, ia telah melaporkan serangan di wilayah Kohgiluyeh dan Boyer-Ahmad, Iran, di mana operasi menyelamat juruterbang AS yang hilang dari jet F-15E yang jatuh berlaku.

    Aljazeera memetik Fars, sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan lapan cedera dalam serangan terbabit.

    Menurut Aljazeera, Fars memetik seorang pegawai perubatan, berkata lima orang terbunuh dan lapan cedera dalam serangan di kawasan Koh Siah di Daerah Kohgiluyeh, manakala empat lagi terbunuh di kawasan Vazg dan Kakan di Daerah Boyer-Ahmad.