Qom

  • Tentera Israel dilapor mengaku serang 8 seksyen jambatan di Iran

    Berikutan pengumuman Netanyahu bahawa tentera Israel menyerang landasan kereta api (railway) dan jambatan di Iran, pihak tentera mengesahkan di saluran Telegram bahawa ia menyerang lapan seksyen jambatan, mendakwa ia digunakan oleh IRGC untuk mengangkut senjata dan peralatan ketenteraan, menurut berita Al Jazeera.

    Menurut Al Jazeera, ia mengatakan seksyen jambatan yang disasarkan terletak di beberapa kawasan di Iran, termasuk Tehran, Karaj, Tabriz, Kashan dan Qom.

  • Serangan AS-Israel ke atas bangunan kediaman di Qom, Iran membunuh sekurang-kurangnya 5 orang

    Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas sebuah bangunan kediaman di bandar Qom, Iran, menurut seorang pegawai tempatan, lapor Aljazeera.

    Morteza Heydari, timbalan politik dan keselamatan gabenor Qom, berkata usaha menyelamat sedang dijalankan sementara pasukan berusaha untuk membuang serpihan susulan serangan itu.