pendatang

  • 18 maut apabila bot karam di luar pantai barat daya Türkiye

    Sekurang-kurangnya 18 pendatang haram maut, dan 21 lagi diselamatkan pada Rabu selepas sebuah bot getah yang membawa pendatang haram karam di luar pantai wilayah Mugla di barat daya Turkiye, menurut Pengawal Pantai Turki, lapor Xinhua.

    Xinhua memetik penyiar NTV, vesel itu terbalik sekitar jam 6 pagi waktu tempatan (0300 GMT) di luar pusat peranginan popular di daerah Bodrum.

    Sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan, Pengawal Pantai Turki menghantar beberapa bot dan pesawat ke tempat kejadian untuk memulakan protokol kecemasan.

    Usaha mencari dan menyelamat yang komprehensif dijalankan melalui laut dan udara, sementara pihak berkuasa terus mengimbas kawasan terbabit untuk sebarang kemungkinan orang hilang.