Obama

  • Bekas penasihat Obama kata dasar Timur Tengah Trump ‘bencana’

    Dasar Presiden AS Donald Trump di Timur Tengah dan keputusannya untuk melancarkan operasi ketenteraan di Iran membawa kepada “situasi bencana walaupun dalam keadaan terbaik”, kata bekas penasihat kepada bekas Presiden AS Barack Obama, lapor Al Jazeera.

    Menurut Al Jazeera, dalam satu catatan di X, Ben Rhodes, yang berkhidmat sebagai timbalan penasihat keselamatan negara dan penulis ucapan Obama, berkata keputusan untuk melancarkan perang terhadap Iran adalah “episod yang sangat memalukan dalam sejarah Amerika tidak kira apa yang berlaku seterusnya”.

    Rhodes berkata kerana tindakan Trump, kedudukan AS di pentas dunia telah “musnah” (obliterated).

    “Lebih banyak kejatuhan ekonomi global akan datang,” ramalnya, sambil menambah bahawa keputusan Trump juga telah “menguatkan dan memperkayakan” pemimpin Rusia Vladimir Putin.