Luhansk

  • Rusia kata ia ambil alih sepenuhnya wilayah Luhansk

    Tentera Rusia mengambil alih seluruh wilayah wilayah Luhansk, menurut berita Xinhua memetik laporan RIA Novosti pada Selasa.

    “Pembebasan Republik Rakyat Luhansk telah selesai sepenuhnya,” Ketua Staf Am Angkatan Tentera Rusia, Valery Gerasimov dilapor berkata semasa lawatan ke pos arahan Kumpulan Angkatan Tentera Selatan.

    Menurutnya, unit-unit Kumpulan Angkatan Tentera Bersama sedang meneruskan operasi serangan dalam pelbagai arah.

    Xinhua melaporkan, pada 1 April, Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan wilayah Republik Rakyat Luhansk berada di bawah kawalannya. Keesokan harinya, pihak berkuasa Ukraine menolak dakwaan itu, dengan mengatakan pasukan mereka masih memegang kedudukan pertahanan di rantau itu.

    Gerasimov dilapor berkata, tentera Rusia telah mengambil alih 34 penempatan dan sekitar 700 kilometer persegi wilayah pada Mac dan April.

    Menurutnya, sejak awal tahun ini, 80 penempatan dan lebih daripada 1,700 kilometer persegi wilayah telah berada di bawah kawalan pasukan Rusia.

  • 41 pelombong terperangkap selepas serangan Ukraine di wilayah Luhansk

    Ukraine menyerang lombong arang batu Bilorichenska di wilayah Luhansk, memerangkap 41 pelombong di bawah tanah, kata Leonid Pasechnik, ketua wilayah yang dilantik oleh Moscow, pada Isnin, menurut berita Xinhua.

    “Semua perkhidmatan berkaitan sedang mengambil langkah untuk menyelamatkan pelombong dan memulihkan kuasa ke lombong,” katanya, sambil menambah bahawa hubungan dengan pelombong telah dilakukan dan mereka mempunyai akses kepada air minuman.