Remaja Palestin dibunuh oleh pasukan Israel di Tebing Barat yang diduduki

Pasukan Israel menembak dan membunuh seorang budak lelaki Palestin berusia 15 tahun semasa serbuan berterusan mereka di bandar Nablus di Tebing Barat yang diduduki, menurut berita Al Jazeera memetik laporan agensi berita Palestin WAFA.

Dilaporkan remaja itu meninggal dunia akibat kecederaan kritikal selepas kena pada bahu.