MASJID

  • Masjid Sehitlik

    Masjid Şehitlik yang tersergam dengan senibina indah ini terletak di Berlin, Jerman.

    Masjid ini dibina dengan model berasaskan seni bina Utsmaniyah dari abad ke-16 dan ke-17.

    Batu asas bagi pembinaannya bermula pada 1999 namun pembinaannya siap pada 2005.

    Ia direka oleh Hilmi Şenalp (Muharrem Hilmi Şenalp, lahir 1957 di Konya, Turki). Beliau seorang arkitek Turki dengan karyanya sering diilhamkan oleh seni bina Uthmaniyyah.

    Masjid ini dilaporkan mempunyai dua menara setinggi 37.1 meter dan kubah utama setinggi 21.3 meter.

    Sumber teks - Wikipedia
  • Masjid al-Dahab

    Masjid Al-Dahab atau popular disebut sebagai Masjid Keemasan Manila terletak di bahagian majoriti Muslim di daerah Quiapo, Manila, Filipina dan dianggap sebagai masjid terbesar di Metro Manila.

    Nama Masjid Keemasan kerana kubahnya berwarna keemasan dengan lokasinya di Globo de Oro Street.

    Ia dibina pada 4 Ogos 1976, dengan pembiayaan melalui derma asing terutama dari Libya dan Arab Saudi.

    Dengan kapasiti 22,000 jemaah, masjid ini menjadi tumpuan komuniti Muslim di Manila dan penuh sewaktu solat Jumaat.

    Sumber: Wikipedia

  • Masjid Muhammadi

    Masjid Besar Kota Bharu (atau lebih dikenali sebagai Masjid Muhammadi) dibangunkan pada 1867.

    Bagaimanapun tiada sumber sahih menyatakan tarikh sebenar masjid ini mula dibina, tetapi dipercayai wujud sejak masa Sultan Muhammad II yang memerintah Kelantan pada 1837 hingga Oktober 1886.

    Malah ada juga pendapat mengatakan masjid ini dibina lebih awal lagi, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad I antara 1801 hingga 1837.

    Asalnya ialah sebuah masjid kayu yang terletak di pinggir Sungai Budor, Seberang Paloh, sebelum dipindahkan dari tapak asalnya kerana banjir.

    Pada 1921, sebuah bangunan baru (bangunan induk) mula dibina bagi menggantikan bangunan sedia ada daripada kayu.

    Luas dewan solat (masjid baru ini) ialah 116 x 62 kaki tidak termasuk ruang serambi kiri dan kanan yang masing-masing berukuran 20 kaki lebar.

    Manakala luas keseluruhan bangunan masjid ialah 10,600 kaki persegi serta mempunyai empat buah menara yang setiap satunya setinggi 70 kaki.

    Sebuah daripada menara ini berhias empat buah jam besar yang dapat dilihat dari keempat-empat penjuru masjid ini.

    Masjid ini mula dibuka dengan rasminya pada hari Jumaat 31 Julai 1931.

    Pada hari itu masjid besar ini dimasyhurkan dengan nama baru iaitu Masjid Muhammadi, mengambil sempena nama Sultan Muhammad IV.

    Sumber: Portal Rasmi Maik

  • Masjid al-Khair

    Masjid al-Khair, Singapura mula diasaskan pada awal 1960-an.

    Pada asalnya dinamakan sebagai Masjid Jamek, kemudian pada 1963 dinamakan semula sebagai Masjid al-Khair.

    Masjid ini kemudian dibina semula melalui fasa ketiga Tabung Pembinaan Masjid diuruskan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan beroperasi pada 1997. Namun pembukaan rasminya pada 31 Mei 1998.

    Kira-kira 15 tahun kemudian, Masjid al-Khair melalui Program Menaiktaraf Masjid (MUP) selama 18 bulan dan siap pada 2015.

    Sumber: Tapak web Masjid al-Khair
  • Masjid Jamik Xi’an

    Masjid Jamik Xi’an ialah salah satu masjid pramoden terbesar di China. Masjid ini dikenali juga sebagai Masjid Huajue Xiang, kerana lokasinya di 30 Huajue Lane.

    Masjid ini dikatakan mula dibina pada 742 namun bentuk semasanya sebahagian besarnya dibina pada 1384 ketika pemerintahan Maharaja Hongwu dalam dinasti Ming, seperti yang direkodkan oleh Rekod Perbandaran Xi’an.

    Sumber: Wikipedia

  • Masjid Merah Jambu

    Masjid Nasir al-Mulk atau dikenali juga sebagai Masjid Merah Jambu terletak di Shiraz, Iran.

    Ia dibina semasa pemerintahan dinasti Qajar di Iran. Pembinaan bermula 1876.

    Masjid ini mempunyai kaca berwarna yang luas di muka bangunannya dan memaparkan unsur tradisional lain seperti reka bentuk Panj Kāse.

    Sumber: Wikipedia
  • Masjid Umawi

    Dibina antara 705 dan 715 oleh Khalifah Umayyah al-Walīd I. Bersebelahan dengan masjid adalah makam seorang pemimpin Islam terkenal, Salahuddin, yang menawan semula Baitulmaqdis daripada tentera Salib. [Sumber]

    Masjid yang terletak di Damsyik, Syria ini terkenal semenjak dahulu dan ia antara pusat keagamaan dan keilmuan yang menjadi tumpuan utama.

    Berhubung kait dengan Damsyik, ada satu hadis disebutkan dalam Huru-Hara Hari Kiamat Ibnu Katsir: Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (ertinya): “Sesungguhnya khemah besar kaum Muslimin pada hari pertempuran sengit ada di Ghuthah di sebelah kota yang bernama Dimasyq (Damsyik atau Inggerisnya Damascus), salah satu kota terbaik di Syam.”

  • Masjid Pattani

    Dibina pada 1954. Pembinaannya mengambil masa sembilan tahun sebelum dibuka pada 25 Mei 1963.

    Masjid yang tersergam indah ini dikatakan tampil dengan seni bina barat, berbentuk seperti Taj Mahal di India.

    Ia menjadi pusat aktiviti keagamaan umat Islam Thai di selatan.

    [Sumber]

  • Dar al-Hijrah

    Pusat Islam Dar al-Hijrah di Virginia Utara terletak di kawasan Seven Corners di Fairfax County.

    Ia diasaskan pada 1982. [Sumber]

    Dar al-Hijrah dikatakan berkembang biarpun dengan permulaan sederhana dan cabaran dihadapi.

  • Masjid Kul Sharif

    Masjid Kul Sharif di Kazan Kremlin, terkenal sebagai – pada masa pembinaannya – salah satu masjid terbesar masjid di Rusia.

    Pada asalnya, masjid ini dibina pada abad ke-16. Ia dinamakan sempena Kul Sharif, yang merupakan seorang alim ulama di sana.

    Kul Sharif meninggal dunia ketika mempertahankan Kazan pada 1552 sewaktu Pengepungan Kazan dan masjid ini telah dimusnahkan oleh tentera Ivan the Terrible.

    Masjid ini yang mempunyai empat menara dan satu kubah boleh memuatkan kira-kira 6,000 jemaah. [Sumber]