Askar UK dilaporkan maut dalam kemalangan latihan di utara Iraq

Seorang anggota perkhidmatan tentera British maut dalam kemalangan latihan di utara Iraq pada 31 Mei, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan pada Isnin, menurut berita Anadolu.

“Dengan rasa kesal yang mendalam, kami dapat mengesahkan bahawa kemalangan latihan telah berlaku di utara Iraq” pada 31 Mei, di mana seorang anggota perkhidmatan dari Tentera British meninggal dunia, kata kementerian itu dalam satu kenyataan, lapor Anadolu.

Ia dilapor berkata, keluarga askar itu telah dimaklumkan.

“Ingatan dan simpati kami bersama keluarga dan rakan-rakan pada masa yang menyedihkan ini,” kenyataan itu dilapor sebagai berkata.