CENTCOM nafi dakwaan IRGC serang kapal serangan AS

Tentera AS menolak dakwaan terdahulu oleh Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran bahawa pasukannya menyerang sebuah kapal serangan amfibia AS, memaksanya berundur ke selatan Lautan Hindi, lapor Aljazeera.

Dalam satu kenyataan, Perintah Pusat AS (CENTCOM) berkata kapal serangan itu – USS Tripoli – “tidak diserang dan terus belayar di Laut Arab” bagi menyokong usaha perang AS.