Lima orang terbunuh dan tiga lagi hilang selepas sebuah bom meletup di wilayah timur Papua, Indonesia pada Ahad, kata polis tempatan, menurut Xinhua.
Letupan itu berlaku pada sebelah petang di sebuah perkampungan yang padat penduduk, menyebabkan kerosakan teruk pada rumah-rumah berdekatan, polis dilapor berkata kepada media tempatan.
Operasi mencari mangsa dijangka bersambung semula pada Isnin.
Jepun menyerang Indonesia pada awal 1942, menyebabkan kemusnahan besar semasa pendudukannya yang berlangsung selama lebih tiga tahun. Sejumlah besar bahan letupan masa perang masih menjadi bahaya keselamatan di pelbagai bahagian negara Asia Tenggara itu.