Angka maut akibat runtuhan bangunan dalam pembinaan di Filipina meningkat kepada 5, 16 hilang

Jumlah kematian akibat runtuhan sebuah bangunan yang dalam pembinaan di wilayah Pampanga, utara Filipina, meningkat kepada lima orang, kata pihak berkuasa pada Rabu, lapor Xinhua.

Sekurang-kurangnya 16 orang masih hilang selepas struktur itu runtuh sebelum jam 3 pagi pada 24 Mei.

Seramai 26 orang telah diselamatkan setakat ini. Kru kecemasan terus menyisir serpihan pada Rabu.