2 lagi mayat mangsa hilang akibat letusan gunung berapi di Indonesia ditemui

Menurut laporan agensi berita Anadolu yang memetik berita Antara, Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) negara itu berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat dua lagi mangsa selain mayat seorang wanita Indonesia yang ditemui sebelum ini, menjadikan jumlah kematian kepada tiga orang.

“Dengan penemuan dua mangsa lain, semua mangsa yang sebelum ini diisytiharkan hilang telah ditemui,” ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB, Abdul Muhari dilapor sebagai berkata.

Mangsa dikenal pasti sebagai warga asing, kedua-duanya lelaki, berumur 30 dan 27 tahun.

Dilaporkan, gunung berapi itu meletus di Gunung Dukono di Pulau Halmahera pada Jumaat, menghasilkan awan asap kira-kira 10 kilometer (6.2 batu) ke udara.

Lima belas orang terselamat dalam kejadian itu, membabitkan tujuh rakyat Singapura dan lapan rakyat Indonesia, lapor Anadolu.