Dua rakyat Palestin termasuk pelajar dilapor maut dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat

Dua rakyat Palestin, termasuk seorang pelajar sekolah berusia 13 tahun, terbunuh dan empat lagi cedera akibat tembakan peneroka Israel di kampung al-Mughayyir, timur Ramallah, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memberitahu agensi berita WAFA, menurut berita Al Jazeera.

Peneroka melepaskan tembakan semasa serangan ke atas Sekolah Lelaki Al-Mughayyir petang ini.

Mangsa kedua ialah seorang lelaki berusia 32 tahun, menurut berita Al Jazeera, empat lagi mengalami luka tembakan dalam serangan itu.