Angka maut di Lubnan terus meningkat semasa pencerobohan Israel

Pegawai di Lubnan mengatakan lebih 1,200 orang terbunuh sejak empat minggu lalu, menurut berita Aljazeera.

Jumlah korban termasuk 124 kanak-kanak dengan lebih 3,500 orang cedera, lapor Aljazeera memetik Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Pada Sabtu dan Ahad sahaja, 49 orang terbunuh termasuk 10 pekerja penyelamat dan tiga petugas media.

Kebimbangan terus meningkat mengenai lebih banyak kematian selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata Israel “bertekad untuk mengubah keadaan di utara secara fundamental”.