Serangan AS-Israel landa Lapangan Terbang Mehrabad Tehran, kemudahan petrokimia di Tabriz

Serangan udara AS-Israel menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad Tehran dan kemudahan pengeluaran petrokimia di bandar Tabriz di barat laut awal Isnin, lapor Anadolu memetik media Iran.

Menurut Anadolu, televisyen kerajaan Iran berkata, beberapa lokasi di seluruh ibu negara terjejas.

Penyiar itu dilapor berkata, serangan itu juga menyasarkan cawangan Bank Negara Iran dan sebuah kilang kadbod di selatan bandar.

Menurut Anadolu, secara berasingan, Agensi Berita Mehr melaporkan sebuah kawasan perumahan di utara Tehran dilanda, menyebabkan beberapa orang cedera, manakala Agensi Berita Fars melaporkan serangan AS-Israel menyasarkan unit pengeluaran petrokimia di Tabriz.