Iran kenal pasti 3,375 terbunuh dalam perang pencerobohan AS-Israel

Ketua Pertubuhan Perubatan Forensik Iran, Abbas Masjedi Arani, berkata pihak berkuasa telah mengenal pasti mayat 3,375 orang yang terbunuh semasa perang AS-Israel ke atas Iran, menurut berita disiarkan oleh Al Jazeera.

Menurut Al Jazeera, dalam satu kenyataan kepada media Iran, Arani berkata jumlah kematian membabitkan 2,875 lelaki dan hampir 500 wanita.