Dua rakyat Palestin dilapor terbunuh akibat tembakan tentera Israel di Gaza

Dua rakyat Palestin terbunuh pada petang Isnin akibat tembakan tentera Israel di Jalur Gaza, lapor WAFA memetik sumber perubatan di Hospital Al-Shifa.

Menurutnya, seorang rakyat Palestin terbunuh akibat tembakan tentera Israel di kawasan kejiranan Zeitoun, tenggara bandar Gaza.

Seorang lagi rakyat Palestin dilapor terbunuh akibat tembakan tentera Israel dekat bulatan Bani Suheila, timur Khan Yunis di selatan Jalur Gaza.